Sunday, 17 February 2013

penjelasan yang tidak kesampaian

Terlalu banyak perkara yang nak diluahkan.. tapi.. semuanya Nampak hambar.. tak tahu lagi macam mana nak diberitahu..
Kalaulah hati kita ni orang yang kita sayang boleh membacanya, mesti Nampak senang kn..
Tontot da lama nak luahkan apa yang terbuku dalam hatinya itu sejak sekian lama disimpanya. Tapi bila tontot cuba untuk memberitahu momot, Nampak macam momot tak nak ambil tahu dan tak nak ambil kisah je.. tontot tak berani mahu meneruskan kata-katanya.. memang Nampak momot tidak garang atau marah, tapi reaksi yang momot berikan itu boleh membuatkan tontot takut dan hilang kata-kata..
Tontot tahu tontot tak patut merahsiakan hal ini dari momot.. kerana tontot tahu momot memang tidak suka akan hal ini. Sebab itulah tontot menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu momot.. tontot nak face to face dengan momot supaya tontot dapat menjelaskan hal yang sebenarnya pada momot tanpa perselisihan faham.. tapi…………….
Niat tontot itu hanya sia-sia je.. momot semacam tidak berminat untuk mendengarnya.. tontot tak tahu nak buat apa lagi da..
Hanya di sinila tempat tontot meluahkan perasaanya..
Sebenarnya sejak tontot bekerja di JJaya itu, hari pertama tontot di situ, sudah ada orang yang memerhatikan gerak geri tontot ketika itu.. tontot sedar tapi tontot tidak tahu siapa.. sehingga la pada suatu hari, tontot mendapat mesej.. rupa-rupanya pekerja di company itu minat dengan tontot.. tonton tidak mahu dianggap sebagai orang yang sombong, jadi tontot berhubung dengannya melalui telefon.. itupun momot tahu sendiri mase tontot keluar dengan momot.. bila Ros mesej tontot, tontot musti akan beritahu momot.. sampai la satu masa, momot merajuk.. sebab tontot menceritakan hal tentang Ros itu.. dan sejak itu, tontot dah janji pada momot yang tontot tidak akan menceritakan hal yang berkaitan tentang Ros itu lagi pada momot..
Tontot akui memang Ros sukakan tontot.. tapi tontot tidak sukakan Ros.. Tontot hanya anggap Ros hanya sebagai kawan sahaja.. tidak lebih dari itu.. kalau boleh apa sahaja yang berlaku pada tontot dan Ros, tontot nk beritahu momot.. tapi…………
Ros banyak kali tawarkan kerja pada tontot supaya bekerja dengan nya.. menjadi Personal assistant untuknya.. gaji yang ditawarkan oleh Ros agak memuaskan juga.. maklumlah dengan kelulusan yang tontot ada, jika tontot masih bekerja dii tempat lama, tontot memang tidak boleh saving duit sendiri.. dan disebabkan Ros mengenali tontot dan mempunyai rasa tanggungjawab, Ros tidak berputus asa menawarkan tontot peluang pekerjaan yang lebih baik.. banyak kali tontot menolaknya hanya kerana ingin menjaga perasaan momot.. tontot tidak mahu momot berkecil hati atau merasa risau jika tontot bekerja dengan Ros kelak..  Tapi.. bila difikir-fikirkan semula.. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. tontot tahu Ros mahukan yang terbaik untuk tontot.. dan tontot pun mahukan yang terbaik dalam kerjaya tontot sendiri.. puas tontot berfikir akan hal ini.. tontot cuba untuk mendapatkan pandangan dari ibu dan ayah tontot.. meraka pun bersetuju mahu tontot menerima tawaran kerja itu.. buat masa ini, hanya ini sahaja peluang yang terbaik untuk diri tontot..
Tontot memang terlalu sayangkan momot.. tapi tontot juga mempunyai masa depanya sendiri.. sejujur-jujurnya, tontot memang tidak ada perasaan langsung pada Ros.. tontot pun sudah memberitahu pada Ros yang tontot memang tidak ada hati pada Ros. Tontot hanya boleh berkawan sahaja dengan Ros.. ros pun faham dan hormat keputusan tontot itu.. tetapi, sekarang ni, Ros anggap tontot sebagai adiknya.. tontot terima ros menjadi abg angkat nya.. Ros memang seorang yang baik.. selalu memberi nasihat dan tunjuk ajar pada tontot.. kadang-kadang tontot selalu dimarahi oleh Ros.. kadang-kala kawan-kawan tontot bertanya pada tontot, kenapa tontot tidak dapat menerima Ros..? Ros ada kareer sendiri.. berkelulusan.. tapi kenapa tontot tidak dapat menerima Ros..? jawapan yang tontot berikan senang sahaja.. tontot tidak pandang kelulusan ataupun kareer seseorang ataupun kekayaan seseorang.. tontot hanya mahukan hati yang ikhlas, hati yang jujur, yang dapat menerima baik buruk diri tantot dan dapat memberi kasih sayang dan perhatian pada tontot sampai bila-bila.. dan yang pastinya orang itu bukan Ros.. itu sahaja.. walaupun Ros telah menjadi abg tontot, tapi rasa cinta tontot pada momot tidak pernah padam.. tontot sentiasa ingat pada momot..
Finally tontot terima juga tawaran bekerja dengan Ros itu. Tontot pergi interview kerja itu pun dengan ditemani kawan tontot.. tontot tidak pergi seorang diri.. habis sahaja interview itu, Ros mahu berjumpa tontot.. ya.. tontot pergi kerana itu berkaitan dengan hal kerja.. tidak lebih dari itu.. kawan tontot pun ikut sama.. tontot tidak pernah berjumpa atau keluar ngn Ros sejak kenal itu.. hanya berhubung melalui telefon sahaja..
Tontot tahu bila tontot sudah mula bekerja dengan Ros, tontot akan selalu bersama dengan Ros, tapi tontot tahu siapa diri tontot.. tontot tidak akan lupakan momot.. walau sesebok mana pun tontot.. tontot akan jaga tingkah laku tontot bila bersama dengan Ros itu.. di pejabat, Ros hanyalah bos tontot, tidak lebih dari itu.. tapi memang susah sebenarnya untuk momot terima ini semua.. kalau tontot berada di tempat momot sekarang ini pastinya tontot tidak akan berasa tenang dan selesa.. tapi apakan daya.. inilah suratan tontot.. ini jalan yang tantot pilih..
Kalau momot betul-betul sayangkan tontot, momot harus percaya pada tontot.. walau apapun tontot memang sayangkan momot.. hanya momot.!!. tapi kalau momot tidak dapat terima ini semua, tontot tidak tahu nak buat apa lagi.. keputusan semua di tangan momot.. tontot tak ada hak pun nak paksa momot untuk faham situasi tontot sekarang ini.. Tapi tontot berharap sangat momot faham situasi tontot sekarang ini.. Andai kata momot terfikir untuk mengundur diri supaya dapat membuka jalan kepada tontot untuk cuba terima cinta Ros, momot silap.. sekali pun momot terfikir untuk buat macam tu tontot tidak akan pernah untuk terima Ros sebagai penganti momot dalam hidup tontot.. tidak akan pernah..! Ros bukan lelaki yang tontot mahukan.. jauh sekali.. Ros boleh dapat perempuan yang jauh lebih baik dari tontot.. Hanya itu sahaja yang tontot mahu momot tahu dan fahami.. Tontot tidak mahu momot buat keputusan yang salah.. sebab sejujurnya tontot memang tidak mahu ilang momot dalam hidup tontot.. kalau boleh tontot mahu momot sentiase ada di sisi tontot dan dapat bersama-sama mengharungi segala rintangan yang mendatang dengan sifat yang terbuka.. apa yang tontot buat ini semua untuk masa depan tontot dan momot juga.. tontot sentiasa untuk momot.. hanya momot yang ada dalam hati tontot.......................
                               
                                                                   -          Idm -   

No comments:

Post a Comment